Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ

Neprotic Syndrom (Penyakit Buah Pinggang)


Neprotic Syndrom adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang.Bagi buah pinggang yang normal,terdapat sejenis penapis halus yang dipanggil glomeruli yang mana ianya berfungsi untuk menghalang albumin,iaitu sejenis protin,daripada keluar ke dalam air kencing.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit Neprotic Syndrom pula,glomeruli atau penapis halus tadi telah pun rosak atau berlaku kebocoran.Ini akan menyebabkan lebih dari 3 gram protin akan keluar dari tubuh dalam tempoh 24 jam setiap hari.Keadaan ini dipanggil proteinuria .Ianya akan menyebabkan pengidapnya kehilangan banyak kandungan protin yang sangat diperlukan oleh tubuh.


Penyebabnya

Penyakit ini  lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrom kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti siflis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan kencing manis.

Pathophysiology

Apabila berlakunya pengeluaran kandungan protin yang banyak dari tubuh atau proteinuria akan menyebabkan badan kekurangan sumber protin dari dalam darah atau disebut juga sebagai Hypoalbuminemia.Kekurangan protin di dalam salur darah akan menyebabkan air keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan.Ini akan menyebabkan berlakunya pembengkakan pada muka,badan dan kaki yang  dipanggil Edema atau bengkak air.

Apabila protin di dalam tubuh menjadi kurang,hati akan bertindak mengeluarkan protin bagi mengimbangi jumlah protin yang hilang.Ia juga akan mengeluarkan lemak sebagai tindak balas dari kekurangan protin.Akibatnya akan berlakulah Hyperlipidemia atau lemak berlebihan di dalam darah.


Gejala

Penyakit Neprotic Syndrom akan menyebabkan pengidapnya mempunyai masalah-masalah berikut:

Menjadi lemah atau berasa tidak bermaya
Mata dan muka menjadi bengkak pada waktu pagi ketika bangun dari tidur
Kaki akan bengkak pada waktu petang kerana berdiri
Perut kembung
Sakit perut
Cirit-birit


Diagnosis

1. Air kencing Dipstick – Tahap kandungan protin yang tinggi di dalam air kencing mungkin disebabkan oleh penyakit neprotic syndrom.

2. Air kencing 24 jam – Air kencing akan disukat selama 24 jam yang mana ianya bertujuan untuk mengira jumlah protin secara lebih tepat.

3. Darah – Penyakit neprotic syndrom akan menyebabkan kandungan protin rendah di dalam darah dan lemak akan tinggi.Kiraan kriatinin dan urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang telah terganggu.

4. Biopsi – Kaedah ini iaitu di mana sedikit sampel buah pinggang diambil dengan menggunakan jarum khas.Ianya adalah untuk menentukan jenis-jenis neprotic syndrom.Cara ini sangat penting untuk dilakukan kerana neprotic syndrom diperingkat minima boleh diubati dan mempunyai peluang untuk sembuh yang sangat cerah.


Komplikasi

Penyakit ini akan menyebabkan tumbesaran terbantut sekiranya ia berlaku pada kanak-kanak dan akan menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam wad untuk dirawat sehingga sembuh.
Antibodi badan akan menjadi lemah.Ini akan menyebabkan pengidapnya mudah mendapat jangkitan kuman dan boleh membawa maut.
Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan akan menjadi tempat pembiakan kuman.Ini akan menyebabkan jangkitan paru-paru dan sebagainya.
Dan komplikasi yang paling menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
Darah juga akan bertukar menjadi pekat kerana air keluar dan masuk ke dalam tisu badan berhampiran.Ini akan menyebabkan berlakunya penyakit di dalam salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis).
Ubat yang diambil iaitu steroid juga akan memberikan banyak kesan sampingan sekiranya diambil dalam jangka masa yang lama.


Rawatan

Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone akan diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
Protin albumin akan diberikan untuk meningkatkan kandungan albumin di dalam darah dan ianya akan diberikan dalam kes-kes tertentu.Pada kebiasaannya ia tidak akan diberi.
Sekiranya badan dan muka mengalami kebengkakan atau Edema yang boleh mengancam nyawa,maka akan diberikan sejenis ubat kencing iaitu Frusimide.
Ubat antibiotik akan diberikan kepada pesakit sekiranya terdapat sebarang jangkitan.
Diet – Pengambilan garam bagi pesakit neprotic syndrom sangat perlu untuk dikawal.Selain itu pengambilan air juga perlu dikawal terutamanya ketika mengalami edema.Sekiranya dalam keadaan biasa,air tidak perlu dikawal secara keterlaluan.Dan pengambilan protin serta kalori yang baik sangat penting bagi pengidap neprotic syndrom.



sedikit perkongsian tentang penyakit Neprotic syndrom daripada saya yang merupakan bekas pesakit Neprotic syndrom.....semua info diambil daripada http://buahpinggangsihat.com, utk maklumat lanjut boleh la ke laman web tersebut.






10 comments:

  1. Nephew kmk da pnyakit tok. Ny dpt hlg tp amik msa lmk. Cdak xpat tlalu active. Mun bruk2 ngidap nephrotic syndrome mesti hspital jd umah number2. Gastrik indah sbab mkn bpuloh2 igek lam shari prednisolone ya. Then cdak kuat mkn sbab prednisolone ya. Nephew kmk mun brenti mkn ubt ya krus mun mkn skali 8 kali mkn nasik. X cmpo brg mkn len. They cant eat too much junk food n they cant drink too much water nor cecair. Cdak x pat brentak n active glak. Sedeh ngga cdak mun skit. First2 ny knk dlok smua eran cuz ny jrg bh. Kesian cdak mun knk inject ubt. Piluk aty ngga. Other said took cell-built supplement tp x pnah juak. Cuba ubt tradisional juak. Jgn x cba bh. Bertawakal innahu, x try x thu!!!

    ReplyDelete
  2. Cam ney ktk dpt hlg pnyakit tok? Share lok. Nephew kmk start umo 3 tahun knek ny primary 1 udh still ada pnyakit tok n jmpa doc sbulan skali dgn bku ctatan umpama buku catatan pngajian am upper 6 :)

    ReplyDelete
  3. sorry baru reply, mmg kmk dolok ada penyakit tuk...mmg selalu check air kencing, jumpa doktor & mmg ada buku catatan protein dalam air kencing. sik tauk nak bagi komen mcm ne tapi mun boleh jgn mkn junkfood, air gas, jeruk dan makanan byk garam. more information boleh carik maklumat dlm internet dan ada page facebook pasal penyakit tuk...cthnya child with neprotic syndrom dan malaysia neprotic syndrom support.

    ReplyDelete
  4. Oh xpa. O paduhal. Ny nang x pndey mkn brg gya. Ny pun laok brg mkn tiap2 ary nasik n telo goreng. Bkn apa kesian ngga ny bh. Ny nk main basikal or aktiviti luar pun xdapt. Mun ny ada pjk d soh ddok tepi katok ngga dak lain bmain. Tedah juak ngga ny. Btw thanks :)

    ReplyDelete
  5. Salam, terima kasih atas perkongsian. Sy juga masih menggali lagi info tentang penyakit yg dihidapi suami. Alhamdulillah beransur baik.

    Jemput singgah blog :
    http://mohkitasihat.blogspot.com/2014/11/penapis-buah-pinggang-suamiku-bocor.html?m=1

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Apa kesan biopsi buah pinggang?

    ReplyDelete
  8. Apa kesan biopsi buah pinggang?

    ReplyDelete

comment je!