Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ

Keputusan UPSR 2012 Diumumkan Pada 19 November



Seramai 517,139 orang calon yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012 di 8,284 pusat peperiksaan seluruh negara akan menerima keputusan masing-masing pada Isnin, 19 November ini.

Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam kenyataan di sini hari ini berkata majlis pengumuman analisis keputusan UPSR itu akan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya. "Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama," menurut kenyataan itu. Lembaga Peperiksaan mengambil masa selama sepuluh minggu bagi melaksanakan pemprosesan pemeriksaan dan analisis keputusan. UPSR bermula pada 11 Sept sehingga 13 Sept lalu, terdiri daripada 507,783 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan sementara 9,345 calon sekolah swasta penghantar Bahasa Melayu dan 11 calon daripada sekolah swasta penghantar Bahasa Cina.kosmo