Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ
Showing posts with label Perasmian Bangunan UTC Melaka 2012. Show all posts
Showing posts with label Perasmian Bangunan UTC Melaka 2012. Show all posts

Bangunan UTC Melaka 2012


Minggu yang sibuk terutamanya bagi kerajaan negeri melaka dalam menyiapkan atur cara perasmian bangunan UTC Melaka.jelas dapat dilihat dgn pemasangan khemah dan menanam dan meletak pasu bunga dan pokok.




Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, UTC tersebut adalah yang pertama dilancarkan oleh Perdana Menteri di negara ini.Menurutnya, kira-kira 100,000 orang tetamu dari seluruh negeri dijangka hadir bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut.

‘‘Saya telah minta setiap DUN menghantar 5,000 orang untuk memeriahkan perasmian kerana Melaka menjadi negeri pertama UTC dilancarkan oleh Perdana Menteri," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja menaik taraf bangunan DMDI tersebut hari ini.Menurut Mohd. Ali, tarikan utama majlis itu adalah pelancaran logo UTC menggunakan 21,000 bola ping pong yang akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.

Menurutnya, selepas perasmian itu, bangunan DMDI yang kini adalah Wisma Persekutuan akan dikenali sebagai bangunan UTC.Bangunan UTC itu merupakan suatu usaha dan pendekatan terbaru yang dilakukan kerajaan untuk membela nasib masyarakat bandar.

Mohd. Ali menjelaskan, sempena majlis itu, satu karnival membabitkan sebanyak 100 gerai jualan pelbagai barangan dan pameran akan turut berlangsung iaitu pada 23 dan 24 Jun.‘‘Pelbagai acara menarik diatur bagi memeriahkan karnival dan perasmian UTC antaranya pertandingan futsal, pertunjukan bunga api, pasar tani dan aktiviti lain.

keadaan sesak kat depan kolej tun mamat



Antara Program Diaturkan

Siang

jualan produk pertanian
aktiviti perniagaan
 pameran teknologi hijau
 pertandingan memasak asam pedas
persembahan artis tempatan
senamrobik
pertandingan pancaragam
bola sepak jalanan
cabutan bertuah untuk pengunjung.

Malam

persembahan kereta berhias
muzik
wayang pacak
persembahan bunga api

Hari Kedua

aktiviti utama pameran
 jualan
 larian UTC di Dataran Memorial Kemerdekaan di Bandar Hilir sehingga bangunan DMDI.
  

                                                  sources-kosmo,berita harian,utusan and melakadaily,nazrulhad.wordpress