Minggu yang sibuk terutamanya bagi kerajaan negeri melaka dalam menyiapkan atur cara perasmian bangunan UTC Melaka.jelas dapat dilihat dgn pemasangan khemah dan menanam dan meletak pasu bunga dan pokok.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, UTC tersebut adalah yang pertama dilancarkan oleh Perdana Menteri di negara ini.Menurutnya, kira-kira 100,000 orang tetamu dari seluruh negeri dijangka hadir bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut.
‘‘Saya telah minta setiap DUN menghantar 5,000 orang untuk memeriahkan perasmian kerana Melaka menjadi negeri pertama UTC dilancarkan oleh Perdana Menteri," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja menaik taraf bangunan DMDI tersebut hari ini.Menurut Mohd. Ali, tarikan utama majlis itu adalah pelancaran logo UTC menggunakan 21,000 bola ping pong yang akan dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Menurutnya, selepas perasmian itu, bangunan DMDI yang kini adalah Wisma Persekutuan akan dikenali sebagai bangunan UTC.Bangunan UTC itu merupakan suatu usaha dan pendekatan terbaru yang dilakukan kerajaan untuk membela nasib masyarakat bandar.
Mohd. Ali menjelaskan, sempena majlis itu, satu karnival membabitkan sebanyak 100 gerai jualan pelbagai barangan dan pameran akan turut berlangsung iaitu pada 23 dan 24 Jun.‘‘Pelbagai acara menarik diatur bagi memeriahkan karnival dan perasmian UTC antaranya pertandingan futsal, pertunjukan bunga api, pasar tani dan aktiviti lain.
Antara Program Diaturkan
Siang
jualan produk pertanian
aktiviti perniagaan
pameran teknologi hijau
pertandingan memasak asam pedas
persembahan artis tempatan
senamrobik
pertandingan pancaragam
bola sepak jalanan
cabutan bertuah untuk pengunjung.
Malam
persembahan kereta berhias
muzik
wayang pacak
persembahan bunga api
Hari Kedua
aktiviti utama pameran
jualan
larian UTC di Dataran Memorial Kemerdekaan di Bandar Hilir sehingga bangunan DMDI.
sources-kosmo,berita harian,utusan and melakadaily,nazrulhad.wordpress
wahh , cepat je update . btw , follow sekali rakan blogger sekampus . :)
ReplyDeletemaaf..
ReplyDeletegambar bangunan utc yg ada di blog anda ini adalah kepunyaan saya...
kenapa tidak di minta izin yer terlebih dahulu pengunaanya??
minta maaf2 byk pasal isu gambar bangunan UTC ni pun find kat google..kalau mcm tu nanti saya tukarkan gambar. sorry byk2
Deletesaya tidak kisah sangat... tp at least ada laa credit ke pada si empunya gambar tu... ;)
ReplyDeletesorry sangat ingat under melakadaily
ReplyDeletenext time kalau rasa gambar tu bernilai sgt.. sebelum nak upload letak la "water mark".. so kalau org x bagi kredit pon sekurang2nya timbul jugak la nama pemilik kat gambar tu.. so xde issue dah upload baru ckp that's ur picture.. pic kat google tu dah jadi open source anyone can use it.. kalau dah jadi mcm ni dah susah nak ckp pic ni milik siapa.. dalam bloging ni ade jugak ke cerita pasal plagiarism and so on? anyone can post anything yg dia suka.. tapi tangung sendiri la kalau silap post..
ReplyDelete