Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ
Showing posts with label Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2012. Show all posts
Showing posts with label Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2012. Show all posts

Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2012


Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan tetamu khas pada Majlis Lan Berambeh Anak Sarawak 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, 
28 September,Jumaat,1930hrs.

Penaung majlis tersebut, Datuk Fadillah Yusuf berkata, lebih 3,000 anak Sarawak yang menuntut atau bertugas di Semenanjung Malaysia dijangka menghadiri majlis itu.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, majlis yang bermula jam 7.30 malam itu dianjurkan oleh Persatuan Anak Sarawak Semenanjung (PASS) dan peserta tidak dikenakan bayaran.

“Majlis pertemuan terbesar itu bertujuan mengeratkan hubungan sesama anak Sarawak di Semenanjung, selain beramah mesra dengan pemimpin peringkat negeri dan persekutuan.

“Abdul Taib dijangka menyampaikan ucapan pada majlis tersebut,” katanya di sini hari ini.

Lan Berambeh Anak Sarawak adalah acara tahunan yang menyajikan pelbagai juadah istimewa Sarawak seperti mi kolok, kek lapos dan laksa Sarawak, selain persembahan artis kelahiran Sarawak.
 Semua anak Sarawak di Semenanjung dan yang mempunyai urusan di KL pada hari itu adalah dijemput hadir.Antara selebriti yang akan hadir ialah Zee Avi,Hafiz,Noh Hujan dan wanita pertama Malaysia memenangi pingat Olimpik,Pandelela Rinong.

Untuk maklumat lanjut, anak Sarawak boleh menghubungi 013-7117477 (Samuel), 03-26923782 (Rumah Sarawak KL) atau 03-21457371 (Yayasan Sarawak KL) atau layari Facebook Persatuan Anak Sarawak Semenanjung