Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ
Showing posts with label Aktiviti Lasak Kursus Diploma Pengurusan Awam Dihentikan. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Lasak Kursus Diploma Pengurusan Awam Dihentikan. Show all posts

Aktiviti Lasak Kursus Diploma Pengurusan Awam Dihentikan






Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali
hari ini mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Tadbiran
Awam Negara (Intan) menghentikan serta-merta aktiviti lasak melibatkan kursus
Diploma Pengurusan Awam bagi bakal Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) serta
kursus lain bagi pegawai-pegawai tidak beruniform.
Ini, katanya berikutan insiden seorang kadet PTD, Aidy Hasmi Abu Hassan,
yang meninggal dunia ketika menjalani latihan wataniah di Pekan, Pahang.
Beliau juga mengarahkan JPA dan Intan supaya menyiasat serta mengemukakan
laporan berhubung kejadian itu.
"Bagi pihak seluruh Perkhidmatan Awam, saya mengucapkan takziah kepada
keluarga Allahyarham. Saya berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T
dan ditempatkan bersama orang yang beriman," kata Ali melalui laman Facebooknya.
Beliau bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut mengenai Aidy Hasmi atau
apa yang berlaku terhadap Allahyarham.



                                                                                                                                   sumber-BERNAMA