Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ
Showing posts with label 2 Pelajar Malaysia Terbunuh Kemalangan Di Russia. Show all posts
Showing posts with label 2 Pelajar Malaysia Terbunuh Kemalangan Di Russia. Show all posts

2 Pelajar Malaysia Terbunuh Kemalangan Di Russia


Dua pelajar Malaysia terbunuh dan lima yang lain cedera apabila terbabit dengan kemalangan jalan raya di Russia lewat malam tadi, demikian menurut duta besar Malaysia, Datuk Zainol Abidin Omar, hari ini.

Beliau berkata, pelajar terbabit dikenal pasti sebagai Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, Terengganu serta Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam dari Putrajaya.

Kedua-duanya pelajar tahun lima dari Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod, sedang dalam perjalanan menaiki sebuah van dengan lima rakan lain dari universiti itu dari lapangan terbang Moscow ke Vladimirskaya bila kemalangan berlaku, kata beliau.

Beliau berkata pelajar tersebut baru saja pulang dari Malaysia selepas cuti Hari Raya bagi memulakan semester baru.Zainol Abidin berkata, Hanisah mati di tempat kejadian sementara Adzreen dalam perjalanan ke hospital.

 Akademi Perubatan Negeri Nishny Novgorod
                                                                                                                               sources-bernama