Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ

Muslim Ahmad dan Ismail FaruQi-Disingkirkan dari kempen Piala Malaysia 2O12

Dua pemain Terangganu,Muslim Ahmad dan Ismail FaruQi telahpun disingkirkan dari kempen Piala Malaysia 2O12 akibat masalah disiplin.
                                                    

Terengganu menerima tamparan hebat apabila dua pemain tonggak, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha'ri disingkirkan daripada skuad itu kerana masalah disiplin.Muslim, pemain pertahanan tengah dan Ismail pada posisi tengah menerima hukuman keras itu daripada jurulatih Peter Butler.


Butler ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau nekad menyingkirkan kedua-dua pemain berkenaan kerana kesalahan yang mereka lakukan langsung tidak boleh diterima sama sekali.Jelasnya, Muslim dan Ismail didapati melakukan kesalahan dengan pulang lewat ke hotel penginapan pemain kira-kira pukul 3 pagi, serta kesalahan lain.Katanya, kejadian berlaku semasa skuad Penyu bertandang ke Alor Setar pada perlawanan Piala Malaysia tempoh hari sebelum kecundang 1-2 kepada tuan rumah pada keesokannya (Selasa lalu).

"Dengar betul-betul kata saya, Muslim dan Ismail tak akan bermain lagi untuk saya. Pulang pukul 3 pagi... dan kesalahan lain, ini langsung tak boleh terima."Dua pemain ini dah tiada rasa hormat pada saya, pasukan, pengurusan dan juga rakyat Terengganu atas perbuatan mereka," katanya di sini, semalam.

Tegas Butler, walau berlaku perkara ajaib sekalipun, kedua-dua pemain terbabit tidak akan beraksi lagi di dalam pasukan yang dikendalikan beliau.Berikutan itu, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan bagi menentukan tindakan wajar yang bakal dikenakan ke atas dua pemain kelahiran Terengganu itu.

"Bagi perspektif pasukan, mereka tak akan bermain lagi untuk saya tapi bagi pengurusan, saya serahkan pada mereka (pengurusan) untuk tindakan disiplin," ujarnya.Mengenai perlawanan Terengganu melawan Kedah di gelanggang sendiri esok, katanya ramai lagi pemain yang berpotensi bagi mengisi tempat Muslim dan Ismail.

"Erison Da Silva cukup hebat di barisan pertahanan, Joseph Kalang Tie mampu berada di mana-mana posisi jika diperlukan."Kita juga ada pemain Piala Presiden, Muhd Fakhrurazi Musa yang boleh kita panggil untuk bantu skuad," katanya.
                                                                                            sources-http://www.utusan.com.my

1 comment:

  1. dah elok2 jadi kesebelasan utama, dah buat hal.
    patut pun butler keluarkan korang berdua.

    ReplyDelete

comment je!