Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ

Bersih 4.0-Demonstrasi Sebelum GE13


Bersih 4.0
Bersih 4.0
Bersih 4.0- Adakah Bersih 4.0 akan berlaku
Bersih 4.0



Bersih 4.0 bukan lagi milik mutlak Datuk S. Ambiga dan pembangkang tetapi kini diterajui kumpulan penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur dengan matlamat serta objektif berbeza.

Ia dilancarkan khusus bagi melindungi nasib peniaga serta penjaja di Kuala Lumpur yang mengalami kerugian berjuta-juta ringgit ekoran tiga siri demonstrasi jalanan oleh Ambiga serta pembangkang sebelum ini.

Selain itu, Bersih 4.0 yang diketuai penjaja dan peniaga tersebut juga bertujuan memberi pengajaran kepada Ambiga jika bekas Presiden Majlis Peguam berkenaan berani melancarkan demonstrasi jalanan seterusnya.

Pengerusi Majlis Bertindaknya, Datuk Jamal Yunus berkata, dalam tindak balas terhadap penganjuran perhimpunan haram oleh Ambiga dan pembangkang sebelum ini, pihaknya bercadang menjadikan kawasan kediaman Ambiga di Jalan Setia Kasih 1, Bukit Damansara, sebagai tapak kekal pasar malam.

"Sebagai permulaan kepada bantahan Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0, kami akan membuka 60 tapak pasar malam mulai esok di Jalan Setia Kasih 1 sebelum mula berniaga dari pukul 3 petang hingga 8 malam pada 24 dan 25 Mei ini.

"Jika sebelum ini Ambiga dan pembangkang ghairah mengganggu perniagaan kami semata-mata kerana kepentingan politik, sekarang biar mereka pula rasakan bagaimana peritnya kami menanggung kerugian.

"Kami bukan peguam, kami cuma peniaga. Jadi kami melihat berniaga di depan rumah beliau adalah satu peluang perniagaan," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Bersih 4.0 di Lorong Tuanku Abdul Rahman, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Muda Malaysia (Perdasama Muda), Datuk Sohaimi Shahadan.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu, pihaknya melalui Bersih 4.0 mempunyai tujuh perkara yang hendak disuarakan bagi membersihkan segala 'kekotoran' yang dicetuskan menerusi tiga siri demonstrasi terdahulu.

Kata beliau, antaranya menuntut kerajaan supaya tidak membiarkan demonstrasi jalanan terus diadakan di Kuala Lumpur selepas ini kerana mangsa yang teraniaya adalah golongan peniaga.

"Kami juga mahu kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur demonstrasi Bersih sebelum ini agar kejadian pada 28 April lalu tidak berulang kerana sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil," katanya.

Sementara itu, ditanya mengapa pihaknya memilih nama sama dengan perhimpunan anjuran Ambiga, Jamal berkata, ia bertujuan membuktikan kepada rakyat apa itu erti perhimpunan bersih yang sebenar.

Menurutnya, Bersih 4.0 yang diterajui peniaga benar-benar bersih dan berkat kerana ia bertujuan mencari rezeki halal berbanding Bersih yang diketuai Ambiga kerana demonstrasi jalanan tersebut dikotori kepentingan politik.




sumber-utusan

Talk Dengan SIMSIMI (Chatting Robot)

Talk Dengan SIMSIMI ialah chatting robot yang boleh berbual dengan kita seperti chatting biasa dan aplikasi mmg menarik.....dah cuba mmg best dan kelakar!!!!!




Bersih 4.0-Demonstrasi Sebelum GE13 !!!!

Bersih 4.0
Bersih 4.0
Bersih 4.0Adakah Bersih 4.0 akan berlaku
Bersih 4.0

Perhimpunan Bersih 3.0 (Duduk Bantah) adalah demonstrasi di Kuala Lumpur, Malaysia yang diadakan pada 28 April 2012. Perhimpunan ini telah dianjurkan sebagai susulan kepada perhimpunan 2011 Bersih dan perhimpunan 2007 Bersih. Perhimpunan, yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), disokong oleh Pakatan Rakyat, gabungan tiga parti pembangkang terbesar di Malaysia. Berikutan perhimpunan terakhir pada tahun 2011, kerajaan Malaysia telah menganjurkan Jawatankuasa Pilihan Raya (PSC) untuk mengkaji reformasi pilihan raya di Malaysia, yang mengeluarkan cadangan mereka pada bulan April, 2012. 

Tujuh daripada lapan tuntutan oleh Bersih telah dimasukkan ke dalam 22 cadangan yang dikemukakan oleh PSC. PSC ahli Jawatankuasa P. Kamalanathan berkata hanya satu permintaan oleh Bersih, pada minimum 21 hari tempoh berkempen, tidak dimasukkan kerana ia tidak sesuai untuk dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perkara itu masih dipertimbangkan, di mana semasa tempoh kempen tujuh hari telah dilanjutkan kepada 10 hari.  Bersih mendakwa bahawa cadangan PSC separuh hati dan menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang ikhlas dalam memperkenalkan reformasi pilihan raya. Bersih telah menyatakan bahawa mereka akan membatalkan perhimpunan jika kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa reformasi pilihanraya berlaku sebelum pilihan raya umum yang akan datang Malaysia.






Adakah Bersih 4.0 akan berlaku, diharapkan x berlaku kerana byk memberikan kesan negative kepada negara kita amnya.