Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ
Showing posts with label Bersih 4.0-Demonstrasi Sebelum GE13. Show all posts
Showing posts with label Bersih 4.0-Demonstrasi Sebelum GE13. Show all posts

Bersih 4.0-Demonstrasi Sebelum GE13


Bersih 4.0
Bersih 4.0
Bersih 4.0- Adakah Bersih 4.0 akan berlaku
Bersih 4.0



Bersih 4.0 bukan lagi milik mutlak Datuk S. Ambiga dan pembangkang tetapi kini diterajui kumpulan penjaja dan peniaga di Kuala Lumpur dengan matlamat serta objektif berbeza.

Ia dilancarkan khusus bagi melindungi nasib peniaga serta penjaja di Kuala Lumpur yang mengalami kerugian berjuta-juta ringgit ekoran tiga siri demonstrasi jalanan oleh Ambiga serta pembangkang sebelum ini.

Selain itu, Bersih 4.0 yang diketuai penjaja dan peniaga tersebut juga bertujuan memberi pengajaran kepada Ambiga jika bekas Presiden Majlis Peguam berkenaan berani melancarkan demonstrasi jalanan seterusnya.

Pengerusi Majlis Bertindaknya, Datuk Jamal Yunus berkata, dalam tindak balas terhadap penganjuran perhimpunan haram oleh Ambiga dan pembangkang sebelum ini, pihaknya bercadang menjadikan kawasan kediaman Ambiga di Jalan Setia Kasih 1, Bukit Damansara, sebagai tapak kekal pasar malam.

"Sebagai permulaan kepada bantahan Bersih 1.0 hingga Bersih 3.0, kami akan membuka 60 tapak pasar malam mulai esok di Jalan Setia Kasih 1 sebelum mula berniaga dari pukul 3 petang hingga 8 malam pada 24 dan 25 Mei ini.

"Jika sebelum ini Ambiga dan pembangkang ghairah mengganggu perniagaan kami semata-mata kerana kepentingan politik, sekarang biar mereka pula rasakan bagaimana peritnya kami menanggung kerugian.

"Kami bukan peguam, kami cuma peniaga. Jadi kami melihat berniaga di depan rumah beliau adalah satu peluang perniagaan," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Bersih 4.0 di Lorong Tuanku Abdul Rahman, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Muda Malaysia (Perdasama Muda), Datuk Sohaimi Shahadan.

Dalam pada itu, Jamal memberitahu, pihaknya melalui Bersih 4.0 mempunyai tujuh perkara yang hendak disuarakan bagi membersihkan segala 'kekotoran' yang dicetuskan menerusi tiga siri demonstrasi terdahulu.

Kata beliau, antaranya menuntut kerajaan supaya tidak membiarkan demonstrasi jalanan terus diadakan di Kuala Lumpur selepas ini kerana mangsa yang teraniaya adalah golongan peniaga.

"Kami juga mahu kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas penganjur demonstrasi Bersih sebelum ini agar kejadian pada 28 April lalu tidak berulang kerana sehingga kini belum ada sebarang tindakan diambil," katanya.

Sementara itu, ditanya mengapa pihaknya memilih nama sama dengan perhimpunan anjuran Ambiga, Jamal berkata, ia bertujuan membuktikan kepada rakyat apa itu erti perhimpunan bersih yang sebenar.

Menurutnya, Bersih 4.0 yang diterajui peniaga benar-benar bersih dan berkat kerana ia bertujuan mencari rezeki halal berbanding Bersih yang diketuai Ambiga kerana demonstrasi jalanan tersebut dikotori kepentingan politik.




sumber-utusan