Anda mungkin merasa sukar untuk meninggalkan tabiat meminum air berkarbonat secara berterusan di dalam kehidupan anda. Namun anda tidak boleh membiarkan diri anda mengambilnya setiap hari, apatah lagi dengan mengambilnya beberapa kali pada setiap hari.
Apakah di antara kesan-kesan pengambilan minuman ini kepada diri peminumnya ?
1-Risiko kencing manis (satu tin = 6-10 sudu gula)
2-Risiko obesiti (India : 25.6 %, Melayu : 22.4 %, Cina : 19.5 %)
3-Risiko serangan jantung (segelas sehari, risiko naik 20 %)
4-Risiko penyakit gastrik - penghakisan lapisan sel perut
5-Gangguan sistem immunisasi (asid fosforik mengurangkan penghasilan kalsium & magnesium)
Keadaan ini diburukkan lagi dengan faktor lain seperti amalan merokok, pemakanan yang tidak berdisiplin, stress, faktor genetik, obesiti, alkohol dan juga gaya hidup yang tidak aktif.
Bukan itu sahaja, banyak syarikat pengeluar minuman berkarbonat seumpama ini yang mempunyai hubungan bisnes yang begitu rapat dengan AS dan mereka juga turut menjadi penyumbang penting kepada perkembangan ekonomi Israel.
Sources-Dr Zainur Rashid Zainuddin post