Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ

Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M)

Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M) adalah program diskaun dan kesetiaan bagi kegunaan semua lapisan masyarakat.


Pemegang kad khususnya, rakyat Malaysia boleh memperolehi segala manfaat dengan mendapatkan diskaun bukan sahaja di tempat-tempat utama malah seluruh semenanjung Malaysia termasuk Sabah & Sarawak. INFORMASI MALAYSIA juga berjaya melanjutkan program ini ke negara-negara lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Australia, Mauritius, India dan lain lain Negara selaras dengan tema 'Malaysia Truly Asia' pada masa akan datang.

INFORMASI MALAYSIA telah mengenal pasti segala bentuk keperluan seharian rakyat bukan sahaja untuk individu tetapi dari aspek kekeluargaan keseluruhannya.

Di antara bentuk keperluan adalah seperti berikut:
(a) Perkhidmatan Perubatan Klinik (b) Restoran Makanan & Minuman (c)  Hotel Penginapan (d) Arena Sukan & Kecergasan  (e) Pemborong & Runcit (f) Taman Tema Tertutup & Luar  (g) Pembinaan & Hiasan Dalaman (h) Resort Peranginan (i) Pakaian & Accesori Kenderaan (j) Perlindungan Insuran Am dan lain-lain seperti yang tetera dalam laman web ini

Kami juga menyediakan khidmat Touch n Go bagi kegunaan pemegang Kad Diskaun Rakyat 1Malaysia (KDR1M), khidmat Touch n Go kami meliputi bersama kemudahan kad debit yang boleh digunakan in stesen LRT, Rapid KL, Stesen Minyak, Panggung Wayang and lain-lain seperti yang diketagorikan.

Kesemua direktori maklumat yang tersebut di atas telah diseneraikan mengikut klasifikasi kategori  dan negeri. Maklumat lanjut mengenai kadar diskaun boleh di dapati di laman web ini, sila klik menu Merchant dan seterusnya gunakan keadah 'Search' untuk  menyeneraikan maklumat yang di hendaki.


INFORMASI MALAYSIA telah membekalkan pelekat khas untuk paparan umum sebagai tanda pelantikan serta tawaran menerima KDR1M di premis berkenaan. Tawaran diskaun tertakluk kepada terma and syarat1 konsessi syarikat tersebut. Pemegang kad hanya perlu menunjukkan kad diskaun KDR1M sebagai bukti pengesahan. Sekiranya pemegang kad diskaun KDR1M mendapat keraguan terhadap syarat diskaun, sila hubungi hotline kami di 03-88811145 untuk penjelasan muktamad.

INFORMASI MALAYSIA juga menyediakan kemudahan e-sebaran (newsletter) bulanan kepada e-mel pemegang kad diskaun mengenai maklumat semasa promosi dan diskaun terbaru. Objektif serta peranan INFORMASI MALAYSIA adalah untuk mewujudkan fenomena yang boleh mengurangkan beban perbelanjaan dengan cara berjimat kepada semua rakyat Malaysia. Matlamat ini boleh di capai dengan adanya kad diskaun KDR1M selaras dengan pertumbuhan ekonomi yang di jangka meningkat daripada 4.5% - 5% seperti yang di bentangkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Najib dalam Bajet 2013.