Ain Hawani terpaksa dikahwinkan dengan Adam apabila mereka berdua atas salah faham ditangkap berkhalwat. Meskipun Ain menafikannya, Adam hanya senyap dan membiarkan semuanya berlaku. Kerana kecewa, Ain lari meninggalkan Adam keseorangan menanti kepulangan isteri yang dicintainya. Bertahun berlalu akhirnya mereka diketemukan semula namun adakah mereka akan mengetepikan ego masing masing dan menyerah pada perasaan yang sememangnya mendambakan diri masing-masing.