Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ

Selamat hari ibu (SaYa SaYaNg EmaK SaYa)


SaYa SaYaNg EmaK SaYa,

BiaRpun SeLuRuH DuNia aKaN MeRayaKaN HaRi ini uNTuKmu
NaMun BaGiku
SeTiap Hari ini Dan HaRi-HaRi SeTeruSnYa aDaLah HaRi uNtukMu

TeRiMa KaSiH aTas SeGalaNya,
SeLaMat HarI ibu KePaDA EmaK tErCiNtA
FaTiMaH bInTi Awi



Tarikan Pasar Minggu Satok


Tarikan Pasar Minggu Satok


PASAR Minggu Satok wajar dijadikan salah satu produk pelancongan di Sarawak.

JERITAN peniaga untuk memancing pelanggan datang ke gerai masing-masing menjadikan suasana di Pasar Minggu Satok yang terletak di Kuching, Sarawak begitu meriah.
Kehadiran orang ramai pula terutamanya pelancong dari dalam dan luar negara menyebabkan pasar hujung minggu yang diadakan pada setiap hari Sabtu dan Ahad itu sentiasa sesak dan padat.

Namun, situasi tersebut bukan penghalang untuk destinasi popular itu terus dikunjungi mereka yang bertandang ke Bumi Kenyalang. Apatah lagi, Pasar Minggu Satok menawarkan pelbagai jenis barang keperluan harian yang dijual pada harga yang murah jika dibanding dengan harga pasaran semasa.

Antara produk popular yang terdapat di Pasar Minggu Satok ialah ikan terubuk, midin dan ulat mulung. Selain itu, buah-buahan pelik turut dijual seperti paku uban, buah payang, belimbing Sarawak dan buah dabai. Semua item tersebut jarang didapati di pasar-pasar lain.

Di samping itu, pasar itu juga menjual stok barangan basah seperti daging, ikan, ayam, sayuran segar serta buah-buahan tempatan.Kerancakan aktiviti jual-beli di pasar itu membuatkan seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak, Dr. Abdull Rahman Saili telah menghasilkan satu kajian berkaitan potensi pasar berkenaan.

Menurut Pensyarah Kanan dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi itu, Pasar Minggu Satok wajar dimanfaatkan sepenuhnya agar menjadi produk pelancongan utama Sarawak.

Destinasi pelancongan


IKAN terubuk masin mendapat permintaan yang tinggi terutamanya daripada penduduk di Semenanjung kerana harganya yang murah.

Ujar beliau, pasar tersebut perlu dipromosikan dengan lebih serius agar ia bukan sekadar menjadi tempat berniaga, bahkan turut menjadi faktor penarik kehadiran pelancong.“Berdasarkan maklum balas para pelancong, ramai yang setuju Pasar Minggu Satok merupakan satu destinasi pelancongan.

“Pasar itu bukan sekadar menjadi tempat berniaga tetapi berperanan sebagai landasan untuk mempromosikan budaya tempatan dalam kalangan pelancong,” katanya yang dipetik daripada akhbar The Borneo Post yang disiarkan pada 8 September 2011.

Kajian beliau yang bertajuk Pasar tani di bandar sebagai produk pelancongan yang dihasilkan pada tahun 2008 itu juga mendapati para pelancong terutama dari Semenanjung Malaysia gemar berkunjung ke Pasar Minggu Satok untuk melihat jenis produk tani atau hutan yang diniagakan.

Sementara itu, menurut Siti Herdawati Hamidun, 29, kawasan di Pasar Minggu Satok tidak pernah sunyi daripada kesesakan dan suasana hiruk-pikuk yang datang daripada penjual serta pembeli.

Berasal dari Raub, Pahang dan bertugas sebagai seorang guru di Kuching, Herdawati mengakui setiap bulan, dia pasti akan meluangkan masa membeli-belah di pasar tersebut.
“Walaupun pasar itu sentiasa sesak dan sukar untuk mencari tempat parkir, namun ia tetap menjadi pilihan ramai memandangkan harga yang ditawarkan sangat berpatutan,” ujarnya sambil memberitahu biasanya ikan terubuk masin sering menjadi pilihan mereka yang datang dari Semenanjung.

JANGAN lepaskan peluang mendapatkan ikan terubuk bakar.

Seorang lagi pengunjung yang terdiri daripada penduduk tempatan Sarawak, Sharifah Masni Wan Sheikh berkata, destinasi tersebut memang sesuai untuk golongan berkeluarga membeli barang keperluan harian.

“Kemasyhuran pasar ini memang sudah dikenali. Cuma, saya berharap pihak berkuasa yang terlibat boleh menaik taraf pasar ini seperti menyediakan lebih banyak kawasan letak kereta bagi memudahkan pengunjung datang ke sana,” terang Masni yang seronok melihat gelagat peniaga dan pengunjung apabila datang ke Pasar Minggu Satok.


                                                                             Sources- kosmo Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

Program survival mahasiswa


Program survival mahasiswa
Ceritera program uitm  

                   

9/5/2012
PAGI- SEBELUM KE  PROGRAM SURVIVAL MAHASISWA (UITM LENDU)


program apa yang uitm buat ni? best ke x sampai melibatkan semua pelajar uitm bandaraya melaka
mesti program penting sampai semua pelajar kena hadir! dahlah kena pakai baju formal panas2 ni.
budak2 ramai yg cakap ni mesti program pasal politik sbb pilihanraya dah dekat....gosip gitu!


sampai kat lendu pukul 11 setengah, tapi program bermula pukul 2.30, lama giler tunggu. sempat makan nasi 
kukus yg sedap ayam goreng pun besar sangat.


PUKUL 2.30 PROGRAM BERMULA,


program bermula dengan pekenalan dengan abang firdaus,fairuz dan zul ( 3 facilitator program )


program dianjurkan sebanyak 3 sesi kot, kalau x silap...masuk2 je dah dengar lagu maher zain- Number one for Me ( balik kolej terus cari kat youtube dan downlond)
masuk2 je semua kena duduk kat bersila kat atas kain, laki2 dgn perempuan2 duduk asing2-hahaha
rasa macam picnik ada jugak


mula2 pasal salam semut, apa benda salam semut ni....siap demo kat depan lagi
contoh mcm ni,


   

terpaksa la buat dengan budak sebelah, kena peluk2 salam semut katakan!
lebih tu pasal strawberry aka blackberry, abang firdaus djamaris mmg lawak dgn spoting



        Intellectual,Emotional, spiritual-semuanya penting sebagai seorg pelajar


Diteruskan dengan pertanyaan kat salah seorg pelajar oleh abang firdaus kalau sesat kat dalam hutan nak buat apa?
korang yg baca mesti dah tahu jawapannya kan.jwpnnya panjat atas pokok senang nak nampak jalan kuar jangan panjat nak ambik buah je?


Selepas tu,
Dimulakan tayangan video pasal jasa2 pejuang2 terdahulu yang mana peserta diterangkan dengan betapa pentingnya kita sebagai bangsa Melayu menghargai segala jasa pejuang2 dahulu dalam memerdekakan tanah air. Justeru, kita diseru bersatu, bergandingan dan menetapkan hala tuju dalam hidup, memperkukuhkan visi dan misi seterusnya kita dapat kenali siapa diri kita yang sebenar.

                                    pejuang melayu                                        




Sesi kedua,
merupakan sesi yang agak berat, dimana peserta dibawa menyelami dan mengagumi kebesaran Allah Taala dalam menciptakan seluruh alam semesta. Dimulakan dengan menyembaraan menaiki kapal angkasa...Kita dilarang sama sekali untuk bersifat angkuh, sombong dan takbur dan merasa sempurna dengan apa yang kita miliki sekarang yakni harta dunia. Dalam sesi ini juga, peserta bermuhasabah diri, merenung kembali segala dosa2 yang pernah dilakukan, kesalahan dan memohon keampunan daripada Allah. Tidak dapat dinafikan, pada sesi ini, ramai peserta yang mengalirkan air mata . seluruh semesta berzikir dan menyembah ALLAH S.W.T ini kan kita makhluk yg kecil ni. Dikendalikan oleh abang Zul

        
Sesi seterusnya,
peserta diingatkan supaya sentiasa mempersiapkan diri untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara Memelihara segala keistimewaan yang kita kecapi dan memastikan ianya dapat diteruskan dan dinikmati oleh generasi akan datang. Elakkan pertelingkahan atau pergaduhan sesama Melayu, kerana ianya bakal membawa kepada perpecahan dan seterusnya membawa keuntungan kepada pihak lain dan kita sendiri juga yang rugi..

      
Sesi terakhir,
pergorbanan emak dan ayah,sesi ni memang sedih siap ada video lagi, Pepatah mengatakan, "Kasih ibu sepanjang hayat, kasih ayah semasa ada." Setiap insan dilahirkan melalui rahim ibu. Mengenang jasa ibu bapa adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap anak. Jasa ibu bapa tidak dapat dibalas walau dengan menggunakan semua harta yang ada. Sesungguhnya kasih sayang mereka sudah terserlah daripada janin di dalam kandungan lagi. Anak-anak semestinya menerima dan mengenang semula kasih sayang yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada mereka. Semua kekayaan yang kita miliki ini tidak sama nilainya dengan satu titisan air susu ibu. terima kasih emak dan ayah ( I LOVE YOU FOREVER )

 





Program survival mahasiswa mmg banyak menyedarkan bukan hanya saya malahan kawan2 yang lain tentang tujuan hidup kita sebagai seorg muslim dan tanggungjawab sebagai seorg pelajar dan tanggungjawab ke atas kedua2 org tua.


ikhlas Dari saya,
pelajar uitm bandaraya melaka
mohammad amirul bin abdul latiff
kalau2 ada tokok tambah harap dimaafkan....ok!                             PAGI !!