Program survival mahasiswa
Ceritera program uitm
9/5/2012
PAGI- SEBELUM KE PROGRAM SURVIVAL MAHASISWA (UITM LENDU)
program apa yang uitm buat ni? best ke x sampai melibatkan semua pelajar uitm bandaraya melaka
mesti program penting sampai semua pelajar kena hadir! dahlah kena pakai baju formal panas2 ni.
budak2 ramai yg cakap ni mesti program pasal politik sbb pilihanraya dah dekat....gosip gitu!
sampai kat lendu pukul 11 setengah, tapi program bermula pukul 2.30, lama giler tunggu. sempat makan nasi
kukus yg sedap ayam goreng pun besar sangat.
PUKUL 2.30 PROGRAM BERMULA,
program bermula dengan pekenalan dengan abang firdaus,fairuz dan zul ( 3 facilitator program )
program dianjurkan sebanyak 3 sesi kot, kalau x silap...masuk2 je dah dengar lagu maher zain- Number one for Me ( balik kolej terus cari kat youtube dan downlond)
masuk2 je semua kena duduk kat bersila kat atas kain, laki2 dgn perempuan2 duduk asing2-hahaha
rasa macam picnik ada jugak
mula2 pasal salam semut, apa benda salam semut ni....siap demo kat depan lagi
contoh mcm ni,
terpaksa la buat dengan budak sebelah, kena peluk2 salam semut katakan!
lebih tu pasal strawberry aka blackberry, abang firdaus djamaris mmg lawak dgn spoting
Intellectual,Emotional, spiritual-semuanya penting sebagai seorg pelajar
Diteruskan dengan pertanyaan kat salah seorg pelajar oleh abang firdaus kalau sesat kat dalam hutan nak buat apa?
korang yg baca mesti dah tahu jawapannya kan.jwpnnya panjat atas pokok senang nak nampak jalan kuar jangan panjat nak ambik buah je?
Selepas tu,
Dimulakan
tayangan video pasal jasa2 pejuang2 terdahulu yang mana peserta diterangkan
dengan betapa pentingnya kita sebagai bangsa Melayu menghargai segala jasa
pejuang2 dahulu dalam memerdekakan tanah air. Justeru, kita diseru bersatu,
bergandingan dan menetapkan hala tuju dalam hidup, memperkukuhkan visi dan misi
seterusnya kita dapat kenali siapa diri kita yang sebenar.
pejuang melayu
Sesi kedua,
merupakan sesi yang agak berat, dimana
peserta dibawa menyelami dan mengagumi kebesaran Allah Taala dalam menciptakan
seluruh alam semesta. Dimulakan dengan menyembaraan menaiki kapal
angkasa...Kita dilarang sama sekali untuk bersifat angkuh, sombong dan takbur
dan merasa sempurna dengan apa yang kita miliki sekarang yakni harta dunia.
Dalam sesi ini juga, peserta bermuhasabah diri, merenung kembali segala dosa2
yang pernah dilakukan, kesalahan dan memohon keampunan daripada Allah. Tidak
dapat dinafikan, pada sesi ini, ramai peserta yang mengalirkan air mata .
seluruh semesta berzikir dan menyembah ALLAH S.W.T ini kan kita makhluk yg
kecil ni. Dikendalikan oleh abang Zul
Sesi seterusnya,
peserta diingatkan supaya
sentiasa mempersiapkan diri untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara
Memelihara segala keistimewaan yang kita kecapi dan memastikan ianya dapat
diteruskan dan dinikmati oleh generasi akan datang. Elakkan pertelingkahan atau
pergaduhan sesama Melayu, kerana ianya bakal membawa kepada perpecahan dan
seterusnya membawa keuntungan kepada pihak lain dan kita sendiri juga yang
rugi..
Sesi terakhir,
pergorbanan emak dan ayah,sesi ni memang sedih siap ada video
lagi, Pepatah mengatakan, "Kasih ibu sepanjang hayat, kasih ayah semasa
ada." Setiap insan dilahirkan melalui rahim ibu. Mengenang jasa ibu bapa adalah
menjadi satu kewajipan bagi setiap anak. Jasa ibu bapa tidak dapat dibalas
walau dengan menggunakan semua harta yang ada. Sesungguhnya kasih sayang mereka
sudah terserlah daripada janin di dalam kandungan lagi. Anak-anak semestinya
menerima dan mengenang semula kasih sayang yang telah diberikan oleh ibu bapa
kepada mereka. Semua kekayaan yang kita miliki ini tidak sama nilainya dengan
satu titisan air susu ibu. terima kasih emak dan ayah ( I LOVE YOU FOREVER )
Program survival mahasiswa mmg banyak menyedarkan bukan hanya saya malahan kawan2 yang lain tentang tujuan hidup kita sebagai seorg muslim dan tanggungjawab sebagai seorg pelajar dan tanggungjawab ke atas kedua2 org tua.
ikhlas Dari saya,
pelajar uitm bandaraya melaka
mohammad amirul bin abdul latiff
kalau2 ada tokok tambah harap dimaafkan....ok! PAGI !!