Maharaja Lawak terus mengembangkan sayapnya apabila bakal menemui peminat-peminat tidak lama lagi setelah berjaya menempah nama selain melakar kejayaan besar dalam memartabatkan bidang lawak jenaka dan komedi di peringkat yang lebih tinggi.
Oleh itu, sekali lagi pihak Astro tidak merasa ragu untuk meneruskan program-program berbentuk komedi apabila membawakan program yang mencari pelawak terhebat di kalangan yang terhebat melalui rancangan Maharaja Lawak Mega 2012 yang bakal disiarkan pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 9 November ini menerusi
Astro Warna (132) dan Pakej Mustika.
Jika sebelum ini musim pertama menyaksikan persaingan antara kumpulan-kumpulan pelawak mahupun individu yang bertandingan amat sengit, kali ini pasti halangan serta cabaran untuk bersaing merebut gelaran juara lebih berliku dengan kehadiran lebih ramai pelawak-pelawak serta pelakon komedi yang profesional.
Bagi musim terbaru ini, pihak
Astro Warna telah membuat sedikit kelainan dari segi format pertandingan apabila peserta berkumpulan mahupun individu akan diberi peluang untuk menyertai pertandingan ini. Mereka akan dipilih melalui undian Hot Seat secara online dimana peserta yang terpilih akan terus berada dalam senarai akhir sekaligus melengkapkan jumlah keseluruhan senarai barisan peserta bertanding yang bakal diumumkan kelak.-astrogempak
PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2012
Pi Mai (Imuda dan Mat Over),
Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil),
Jozan (Johan dan Zizan),
Sabon (Abon dan Sathia),
Jambu (Taukeh dan Yus),
R2 (Rahim dan Wan Lopez)
Shiro (Shahrol dan Ajak).
Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)
The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman)
Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin).
tiga lagi kumpulan iaitu Balas, Kecik dan Mamu perlu melalui satu ujian di Kerusi Panas MLM