[Semak Jerebu] Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)
Maklumat Semasa Daripada Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)
AIR POLLUTANT INDEX 2013
TINDAKAN YANG TELAH DIAMBIL OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI MENGURANGKAN IMPAK JEREBU KEPADA KESIHATAN MASYARAKAT
1. Kementerian Kesihatan Malaysia sedang memantau keadaan jerebu dan jika keadaan jerebu bertambah buruk iaitu Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 200, bilik gerakan akan dibuka.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia juga memantau keadaan penyakit berkaitan dengan jerebu seperti upper respiratory tract infection (URTI), asma dan conjunctivitis di 52 buah klinik-klinik “sentinel” Kementerian Kesihatan Malaysia secara bulanan.
3. Dalam keadaan berjerebu, Kementerian Kesihatan Malaysia akan memantau secara harian dan pemantauan harian telah dimulakan pada hari Isnin 17 Jun 2013 yang lalu. Negeri-negeri yang dipantau adalah Pahang, Johor dan Melaka. Bagi tempoh 2 hari yang lalu, tidak terdapat peningkatan yang ketara dalam kedatangan pesakit bagi penyakit berkait jerebu.
4. Sebagai persediaan awal, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan kepada kakitangan kesihatan supaya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya peningkatan kes penyakit berkaitan jerebu.
5. Aktiviti pendidikan kesihatan kepada golongan berisiko tinggi di peringkat klinik-klinik kesihatan akan dipergiatkan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu sekiranya ia terjadi dan berpanjangan.
6. Ubat-ubatan yang mencukupi akan dipastikan supaya semua pesakit mendapat rawatan yang sempurna.
7. Kerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar di semua peringkat bagi mendapatkan Index Kualiti Udara yang terkini akan dijalinkan terutama daerah yang mempunyai stesen pemantauan JAS.
8. Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghasilkan sebuah buku Pelan Tindakan Pengurusan Jerebu - Garispanduan Kesan Kesihatan Akibat Jerebu yang komprehensif dalam mengendalikan masalah atau situasi berkaitan jerebu di semua peringkat.
9. Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuk:
- mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah,
- sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor) dan
- jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.
10. Selain dari itu, sila pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman. Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Basuhlah tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.
11. Bagi mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik, mereka hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu boleh diperolehi dari laman web KKM: http://www.infosihat.gov.my/infosihat/isusemasa/Jerebu.php .
DATUK SERI DR S. SUBRAMANIAM
Menteri Kesihatan Malaysia
Tarikh: 19hb Jun 2013
Video dan Gambar kebakaran Kampung Dato Sibu Sarawak
SIBU: Lebih daripada 50 buah rumah yang dipercayai telah terbakar dalam api yang merebak dari Kampung Hilir hingga ke Kampung Dato
Kebakaran itu dipercayai telah bermula dari sebuah rumah kosong di Kampung Hilir pada 3.40 petang dan telah merebak dengan cepat disebabkan oleh angin dan cuaca panas
Sebuah surau di tengah-tengah kampung telah dibakar.
Video rakaman penebat kilat bangunan umno terjatuh
Dalam kejadian angin kencang pukul 6.45 malam itu, penebat kilat sepanjang 20 meter yang terletak di atas bangunan Menara Umno itu runtuh dan menghasilkan lubang sedalam lima meter.
Polis sebelum ini mengesahkan nombor casis kereta yang terbenam itu sepadan dengan kereta milik mangsa yang dilapor hilang sejak hari kejadian selepas keluar mengambil anaknya di sekolah.
Kejadian itu juga meragut nyawa kelindan lori tong gas, Jahir Sulaiman, 46, yang meninggal dunia sebaik sahaja tiba di Hospital Pulau Pinang selepas kepalanya cedera parah ditimpa serpihan konkrit penebat kilat itu.
Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada sidang akhbar di sini hari ini menayangkan klip video yang diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Jalan Macalister kepada keluarga mangsa dan media.