Z1axEEecjtuGMZOxNh0twAq3uZQ

Ahmad Ammar Ahmad Azam Pelajar Malaysia Dimuliakan Di Turki

Ahmad Ammar Ahmad Azam pelajar Malaysia dimuliakan di Turki. Dilaman Sosial, video kenangan Ahmad Ammar menjadi perkongsian sehinggakan individu boleh sebak dan mengalirkan air mata jika menonton kisah perjalanan pemuda yang berusia 20 tahun itu.

Untuk info, Ahmad Ammar telah pun meninggal dunia pada 2 November 2013 jam 1.30 petang akibat dilanggar ambulan ketika melintas jalan di Istanbul, Turki. Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki kerana beliau merupakan pemuda yang banyak berjasa kepada masyarakat dan juga dalam ilmu agama dan aktif dalam berdakwah. Selain itu, pada usia semuda itu beliau telah menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara di dunia seperti di Syria dan sebagainya. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid dalam kehidupannya. Namun, kematiannya akibat kemalangan jalan raya pada 2 November lalu telah menyebabkan beliau digelar sebagai “Syahid yang tertangguh” oleh para sahabatnya.



Biodata Ahmad Ammar Ahmaz Azam

Ahmad Ammar Ahmad Azam yang berusia 20 tahun merupakan pelajar cemerlang tahun dua bidang sejarah di Marmara University (Goztepe) Istanbul. Ahmad Ammar telah kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu 2 November 2013 akibat kemalangan jalan raya. Beliau merupakan anak keempat dan satu-satunya anak lelaki Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman, mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Beliau juga merupakan pelajar cemerlang SPM 2010 di Maktab Tentera Diraja dan memilih menyambung pengajian dalam bidang Sejarah di Turki.

Punca Ahmad Ammar Ahmad Azam Dimuliakan Di Turki

Pada umur yang masih muda, Ahmad Ammar telah mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu, beliau juga telah menjadi sukarelawan untuk menyertai misi kemanusiaan seperti di negara Syria. Ahmad Ammar juga pernah berhasrat untuk mati Syahid ketika menyertai misi kemanusiaan. Selain itu, Ahmad Ammar amat dikenali kerana mempunyai budi pekerti yang baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Ahmad Ahmad juga dihormati sebagai seorang yang kuat ilmu agama dan aktif dalam dakwah memperjuangkan agama Islam.




Keistimewaan Jenazah Ahmad Ammar Di Turki

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Al-Fatihah..
Semoga Allahyarham diterima mati syahid.
Anda sangat disanjung oleh orang-orang Islam walaupun anda pergi pada usia yang muda


Ahmad Ammar Dalam Kenangan (1993 - 2013)




kdt sepenuhnya kpd Islam Agama Ku post/ http://wowberita.org/Oh! Media

Mitsubishi Attrage dilancarkan di Malaysia (Harga & Specifications)

Berikut merupakan Harga & Specifications bagi Mitsubishi Attrage yang baru dilancarkan di Malaysia.Attrage adalah sedan segmen B dan ia diimport dari Thailand.Attrage ini dikuasai oleh  3A92 1.2 liter enjin tiga silinder sebagai Mirage. Di sini, enjin MIVEC membuat 80 PS dan 106 Nm tork (78 PS/100 Nm di Mirage), dan memberi kecekapan bahan api. Angka tajuk adalah 21 km / l seperti yang diukur dalam Kitaran Memandu Eropah Baru (NEDC). Manual lima kelajuan dan INVECS-III transmisi boleh ubah berterusan (CVT).

Terdapat dalam lima warna, Attrage Mitsubishi berharga dari RM59 , 212 untuk GL M / T , meningkat kepada RM67, 978 untuk GS CVT. CVT SE dengan all the bells and whistles RM75, 796. Semua harga di atas jalan tanpa insurans. Kereta datang dengan jaminan km tiga tahun atau 100,000 , ditambah setahun penyelenggaraan percuma.





VIEW TVC





Exterior
Performance
Technology
Utilities                                  @ http://www.mitsubishi-motors.com.my
Safety
Accessories
Specifications
Pricing




kdt to mitsubishi-motors/http://paultan.org/

DIVIDEN DAN BONUS ASB 2013 (AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)

DIVIDEN DAN BONUS ASB 2013 (AMANAH SAHAM BUMIPUTERA)

Dividen ASB 2013 ? Pada tahun lepas iaitu 21/12/2012 Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) umumkan agihan pendapatan sebanyak 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Dividen tahun 2013 7.70 + bonus 1.00

SEJARAH DIVIDEN DAN BONUS ASB (kdt to faizalyusup.net)



Tahun 1991 hingga 2001 dividen dan bonus melebihi 10 %